Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 10, 2021

Tandas masjid bau rokok?

Imej
 26 Jamadil Awwal 1442 Tulisan yang dibuat untuk kali kedua dalam tarikh yang sama. Tak pernah berlaku sebelum ini. Antara azam penulis di sepanjang tahun 2021 ialah untuk tidak tidur sebelum menulis. Banyak lagi sebenarnya azam yang terbuku di dada, antaranya ialah untuk membaca sehari satu jam. Tetapi ianya agak terhalang sehingga telah mencapai hari ke 10 dalam bulan januari 2021, hanya sejam lebih sahaja masa yang digunakan untuk membaca. Sebenarnya sedang giat untuk menghayati kitab tafsir al azhar karya agung HAMKA. Moga² Allah memberikan kekuatan. Berbalik kepada tajuk...sebenarnya sudah beberapa hari hendak ditulis tetapi terlupa. Mungkin pembaca yang ada terbaca ayat² penulis ini boleh membantu bagaimana hendak mewujudkan topik² dalam penulisan harian dan ianya tidak terlupa untuk di tulis di penghujung hari!! Memang ada perisian blogger dalam bentuk HP yang boleh diinstalasi pada google play. Penulis pernah menggunakannya. Tetapi terdapat beberapa fungsi yang gagal untuk digu

tengkujuh telah berlalu

Imej
 21 Jamadil Awwal 1442 Tengkujuh yang membadai beberapa kawasan dalam negeri gapura selatan kelihatan telah mereda.  Ini adalah khususnya di daerah tengah yang merupakan kembar kepada pekan Gotham City yang dihuni oleh batman dan rakan² nya. Beberapa kawasan yang hampir di pinggir banjir telah menarik nafas lega. Allah memberikan amaran kepada hamba²Nya agar senantiasa mengingatiNya dan menolak segala maksiat. Bagi daerah atau lokasi yang tenggelam dek tenteraNya, itu adalah merupakan ujian kepada para hambaNya. Jika dilihat kepada petikan kata ulama jadian politik, itu adalah bala ke atas kejahatan penduduk, khususnya jika menimpa lokasi yang dipimpin oleh parti sosialis dan sekutunya. Namun jika tertimpa ke negeri yang mendakwa pemerintahan Tuhan, ia dianggap sebagai ujian.  Hujan itu adalah merupakan salah satu dari rahmatNya. Acapkali Allah memberitakan tentang hujan dan faedahnya di dalam firmanNya. أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّا نَسُوقُ ٱلْمَآءَ إِلَى ٱلْأَرْضِ ٱلْجُرُزِ فَنُخْرِجُ بِ

gerimis kembali mengundang

Imej
 26 Jamadil Awwal 1442 Hari Ahad, hari pertama sesi pekerjaan dibuka selepas cuti hujung minggu. Hujan kembali membasahi bumi sejak seusai solat Isya malam kelmarin. Subuh ini, hujan masih belum ada menunjukkan tanda untuk berhenti, apalagi berehat sebentar. Menjelang waktu dhuha, ianya semakin melebat dan merisaukan pihak yang berumah di pinggi sungai. Apakah gelombang kedua kembali di kawasan tengah gapura selatan? Beberapa hari ini negara kembali gempar dengan kenaikan mendadak kes baharu covid 19 hingga mencecah 3k. Gapura selatan sahaja telah berjaya memecah rekod negeri Darul ehsan dengan mencapai kes sebanyak 1k. Maka bergentayangan wassap yang tidak dapat disahihkan oleh mana² perawi akan kesahihannya bahawa MCO aka kembali, namun ianya terhad kepada beberapa negeri tertentu sahaja yang menunjukkan kenaikan kes yang merancancak. Media  pula melaporkan bahawa PM akan membuat pengumuman pada Isnin. Setelah mencapai 4k kes? Keadaan politik yang memualkan juga semakin menjerut dan