Jumaat Ramadhan terakhir 1432
Jumaat 26 Ramadhan 1432, merupakan Jumaat terakhir untuk Ramadhan tahun ini. Bermula pada malamnya hujan sejak jam 12.00 tengah malam Jumaat hingga menjejak ke waktu sahur...sungguh syahdu saat-saat itu.
Walau bagaimanapun, sedarnya penulis ketika jam menjejak ke angka 5 pagi. Dan pagi ini juga agak lembab dengan titisan hujan yang seolah-olah tidak mahu berhenti. Seolah-olah alam ini turut menangisi pemergian Ramadhan kali ini. Jumaat Ramadhan yang sunguh syahdu.
Apa yang agak pelik ialah hujan yang turun sepanjang malam jika diikut secara logik kadar lebatnya (hasil dari pendengaran) boleh membuatkan sekurang-kurangnya logkang di hadapan rumah menakung air yang separuh penuh. Namun tatkala menjengah sekitar menjelang fajar, takungan adalah seperti biasa, seolah-olahnya tiada sebarang penambahan air yang berlaku!! Subhanallah..
Dan Sepanjang Jumaat terakhir Ramadhan 1432 hijrah ini, suasana mendung menyelubungi alam. Nyaman dan seronok. Seseorang memberikan pandangan bahawa