Berguru Dengan Orang Sakit
Beberapa hari dalam bulan zulkaedah ini penulis agak sebuk melayani bapa mertua yang dimasukkan ke wad. Sebenarnya, pelayan utama adalah isteri penulis. Penulis cumalah seqadar peneman beliau sahaja. Isteri penulis telah ditugaskan untuk menjaga ayahnya dari jam 6 petang hingga jam 12 malam. Pada hari pertama, bapa mertua dimasukkan ke wad kecemasan dalam kawasan kuning. Menjelang Maghrib, beliau dimasukkan ke wad biasa di aras 8 dan kemudian dipindahkan pula ke aras 7 sehinggalah tulisan ini dibuat. Meski waktu melawat telah ditetapkan, namun ahli keluarga yang ditugaskan boleh menyertai pesakit pada kesemua waktu dengan beberapa syarat, contohnya hanya seorang sahaja yang dibenarkan bersama pesakit pada waktu tertentu, khususnya pada waktu pagi. Keadaan bapa mertua yang kelihatan lemah telah menyebabkan pergerakan ke tandas perlu kepada pemantauan. Beliau tidak mahu menggunakan lampin pakai buang, meski membuang air kecil telahpun melalui tiub yang terpasang. Dan apa