Malam Tahun Baru Cina & Malam Valentine
Malam Tahun Baru Cina, Sabtu 13 Feb. penulis dan keluarga keluar makan malam di restoran nasi ayam chicken rise shop yang baru sahaja memulakan francaisnya di bandar kelahiran penulis. Usai solat Isya di surau berhampiran, penulis menikmati hidangan bersama keluarga di sana. Servis yang diberikan boleh dikategorikan sebagai B gara-gara pesanan sepinggan nasi tambahan yang terlalu lewat walhal telah dimaklumkan di awal masa memebuat pesanan. Tatkala bayaran dibuat, penulis meringankan mulut untuk bertanya berkaitan pemberian diskaun terhadap kakitangan kerajaan sebagaimana yang penulis nikmati di restoran yang sama di Melaka suatu ketika kelak. Rupanya memang wujud diskaun sebanyak 10% terhadap staf kerajaan. Kalaulah tidak ditanya nescaya bayaran akan bertambah. Bagaimana sebuah restoran yang agak tersohor ini cuba untuk menyembunyikan keistimewaan selaku staf kerajaan tanpa adanya iklan dan sebagainya. ... Selesai makan, kami berlegar-legar di dalam kompleks yang menempatkan pelbagai