Kembali selepas tiga tahun
Jumaat hari ke 13 Jamadil Awal tahun ke 1438 hijrah Ar Rasul, sebelum terbit fajar sadiq penulis telah bergerak keluar rumah menuju ke kem bagi melaksanakan tugasan program. Perjalanan melalui kawasan perkampungan yang panjang. Singgah Subuh di salah sebuah masjid, itupun sudah berada di rakaat akhir. Penulis tiba di lokasi sekitar jam 6.30 pagi. Pintu pagar masih tertutup rapat. Menghubungi rakan fasi lain, barulah pintu dapat dibuka. Kira² 15 minit juga termanggu² di hadapan pagar... Tatkala memandu masuk, para peserta program baharu sahaja usai dari surau. Mereka sedang dikumpulkan di hadapan bangunan di bawah arahan kem komandan biasa. Mereka mengalunkan zikir asma ul husna, lagu program dan kemudian membuat regangan ringan. Ya sudah tiga tahun penulis meninggalkan bidang fasi. Terasa agak kekok pagi ini bila dihadapkan dengan peserta. Lagipun penulis telah tertinggal beberapa sesi bersama mereka untuk kali ini... Pertemuan dengan beberapa orang fasi senior agak m