Catatan

Tunjukkan catatan dari April 27, 2012

Kelas 9

Minggu ini merupakan kelas ke sembilan. Perbincangan awal berkisar mengenai program yang bakal dilaksanakan di Kluang. Sebelum itu menyelesaikan ujian azan. Ternyata terdapat bakat-bakat muazzin terpendam di dalam dada anak-anak muda ini. Penulis menegaskan bahawa program kerja luar yang dibentuk oleh pihak ko kurikulum ini bukanlah program biasa, Ianya dinilai dan mengandungi 30% markah. Penilaian dibuat berdasarkan kepada team work, salah sati elemen utama dalam pembentukan kemahiran Insaniah yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan program ko kurikulum. Sekiranya segala benda perlu disuap kemulut, maka hilang wacana KI yang dicanang-canangkan oleh semua pihak yang terlibat dalam pembentukan kursus-kursus ko kurikulum. Perbincangan utama pada minggu ini ialah topik berkaitan aktiviti masjid. Maka penulis membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan yang membincangkan mengenai aktivit yang perlu diwujudkan, kaedah menarik orang hadir juga perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Dia

Kisah Ar Ma Gaddon

Imej
Dinyatakan dalam kuliah radio IKIM.FM  sekitar jam 7.30 pagi tadi, bahawa di wilayah zionis kini (Armageddon) pernah berlaku peristiwa besar yang telah dirakamkan dalam Al Quran yang melibatkan kuasa hitam dan kuasa putih. Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: &q