Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 15, 2019

Dajjal dan kebijakannya

Imej
13 Zulhijjah tahun ke 1440 daripada hijrah Ar Rasul  ﷺ . Juga hari terakhir daripada hari-hari tasyrik dalam tahun ini Menjelang Isya, tatkala memandu kenderaan berwarna perak dengan kapasiti 1.5 kuasa kuda mendaki bukit menuju ke masjid jame yang indah dihiasi lampu gemerlapan, kedengaran suara penceramah yang tidak dikenali wajahnya daripada pembesar suara yang berskala besar yang tergantung di empat penjuru menara yang mungkin paling tinggi di daerah tengah hujung semenanjung emas. Tatkala kenaikan penulis dimasukkan ke dalam kotak parkir serong menghadap ke arah sebuah sekolah yang agak tua usianya itu, baharulah semakin jelas butiran ceramah yang disampaikan. "....dan hakim² yang menerima rasuah. Adakah sekarang sudah ada? tuan² sendiri yang tahu jawapannya..." Dan dikisahkan juga akan tentera dajjal yang sedang dibentuk untuk persiapan menghadapi akhir zaman bagi menyambut penyelamat palsu. "Adakah kita dapat menjamin diri kita yang berada