Kenduri kawin paling memualkan ...
Sabtu pertama bulan Mei, sebaik selepas zuhur, hujan turun mencurah membasahi bumi. Perancangan perlu diteruskan untuk menghadiri majlis walimah jiran. Ianya tidak dibuat di rumah milik jiran. Tetapi di suatu lokasi yang disewa khas.. Maka tatkala hujan agak reda sedikit, kami berlumba-lumba masuk ke dalam perut kereta. Sebaik sahaja memulakan perjalanan, hujan kembali turun dan bertukar dari gerimis kepada lebat. Berkebetulan, terdapat empat lampu isyarat yang harus dilalui. Keadaan hujan lebat, kereta berderet dan yang paling kurang menyamankan ialah, lampu isyarat begitu cepat bertukar kepada merah dan begitu lambat pula untuk kembali hijau!!!! Perjalanan terasa begitu jauh sekali meskipun jaraknya hanya sekitar 2km sahaja. Kami akhirnya tiba di lokasi dalam keadaan hujan masih mencurah turun. RahmatNya begitu ghairah turun ke permukaan bumi.. Kereta kami masuk terus ke laman bangunan yang berkebetulan kosong dan paling hampir menuju ke dewan. Kami terpaksa menunggu agak la