TUJUH Hikmah bila HP Rosak
Apabila HP yang anda bawa kesetiap lokasi yang dilawati itu mengalami kerosakan, maka apakah hikmah yang boleh dikutip darinya? 1. Terasa seperti kembali hidup di era awal tahun 90 an; 2. Tidak terganggu kerja, kehidupan keseluruhan dengan wassap² grup yang membawa cerita politik / bawang / dsbnya; 3. Kebergantungan terhadap Allah semakin kuat. Tidak terlalu bergantung dengan manusia dan rakan² untuk meneruskan kehidupan; 4. Menyerahkan segala urusan yang tidak dapat dicapai dalam masa singkat hanya kepada Allah; 5. Terasa keberkatan masa kerana penumpuan terhadap kerja menjadi 80%, berbanding asyik nak membalas atau membaca wassap yang mengganggu penumpuan kerja; 6. Seperti duduk di dunia yang serba asing... 7. Seolah-olah mencipta sistem kehidupan yang tersendiri... Tak percaya? Cubalah padamkan HP sekarang dan tinggalkan di lokasi yang sukar dicapai ...