Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 8, 2019

Harga minyak dah turun rupanya

Waktu mentari dhuha yang mula menerik, dan anak-anak ayam mula keluar daripada bawah kepak ibunya, penulis meluncur laju menaiki kenderaan bertayar empat menuju ke organisasi. Pagi ini agak lewat kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan di JKM Kluang. Tatkala singgah di kedai menjual cecair petrol, dan masuk ke dalam kedai sebaneka bersama kad debit dan kad pengumpulan mata, seperti biasa penulis menyebut, "RM77.00" yang membawa maksud 35 liter bagi cecair petrol yang diwarnakan serta disebut kuning, cecair bahan api paling murah untuk golongan proletariat. Pelayan muda di meja agak terpaku. Kemudian dia berkata, "abang nak isi 35 liter kan?" Oh..baru sedar, harga dah turun kepada RM1.93 seliter !! "Ok...RM67.55" Agak jauh bezanya, sekitar RM9.45. Tu boleh makan tengahari dengan begitu mewah tu. Sejak 28 Mac 2017, harga petrol paling murah yang dicatatkan ialah RM1.89 iaitu pada akhir Jun hingga minggu pertama j