Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 18, 2017

Kisah Aku & PPT : Part 2 Hanya enam bulan?

Imej
Bermula pertengahan Ogos 2006, selepas empat tahun, penulis telah di arahkan bertukar ke sub pejabat lain. Pejabat kali ini juga tanpa mempunyai pegawai gred N41 untuk unit pentadbiran, yang membawa maksud tugas mengetuai pentadbiran adalah berada di bawah batu jemala patik jua. Maka di sini, bidang tugas adalah lebih jelas. Untuk tugas kawalan kewangan, ada ruang untuk sang PPT menurunkan tanda tangan sebagai bukti pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memeriksa dan menyelia perjalanan urus tadbir  kewangan sebuah pejabat. Pejabat ini menguasai perkara berkaitan hal ehwal luar bersangkutan dengan pelajar. Maka di sini, penulis dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia perkara-perkara berkaitan perolehan yang mengaitkan sukan, padang, selenggara padang misalnya, dan sebagainya. Sebenarnya atau hakikatnya, hanya menguruskan pembayaran sahaja. PTPO akan membuat kerja-kerja perolehan, kemudian hasil kerja beserta inbois dicetak dan perlu diperakukan oleh sang PPT, dan akhirnya pembayar