Mencari penawar rasuah
27 Rabiul Awwal tahun ke 1442 hijrah ar Rasul.. Jumaat penghulu segala hari menjelma kembali di hujung bulan kelahiran Rasulullah ﷺ. Meski sambutan maulid pada tahun covid ini tidak semeriah tahun sebelumnya, namun keazaman kaum asyaira a.k.a aswj aliran nusantara untuk mempamerkan kecintaan terhadap junjungan tidak pernah sirna. Mereka tetap berusaha keras untuk melaksanakannya dengan penciptaan SOP tertentu demi memastikan kelangsungan sambutan dapat diteruskan dan agenda kecintaan terhadap banginda Rasul ﷺ diteruskan mengikut arus pandang yang telah diwarisi sejak turun temurun. Bahkan pada Jumaat awal 12 Rabiul Awwal lagi, kaum asyaira ini telah menggubal khutbah khusus untuk membela acara maulid, bukan untuk menceritakan kecintaan kepada Nabi ﷺ , tetapi yang harus dipertahankan dan lebih utama adalah acara sambutan itu sendiri yang dikatakan telah diamalkan oleh ulama sejak dahulu. Namun sayang sekali, mereka gagal mendalilkan serta membacakan perawian majlis tersebut