Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 31, 2009

Kelantan ..

Imej
> 11 Jun 2009 Hari ini adalah hari yang bakal mencatat sejarah yang paling besar dalam diari kehidupanku kerana buat pertama kalinya aku akan bermusafir jauh dengan berkenderaan sendiri hingga Kelantan Darul Naim. Perjalanan bermula jam 10.00 pagi dengan singgah makan pagi di Kelab Melayu. 10 keping capati dengan lauk kari daging dan seketul ayam cukup membuka selera. Sah yang tiba untuk mengambil kunci rumah bagi menguruskan mesin pemotong rumput beberapa minit kemudian kelihatan tidak berselera pula dengan menu yang dihidangkan. Baru pulang dari Terengganu malam semalam selepas mewakili Universiti untuk kejohanan Intervasity. Tahun ini Terengganu terpilih selaku tuan rumah. Mujurlah stadium Sultan Mizan yanag bakal menjadi saksi acara pembukaan, mengalami bencana keruntuhan bumbung lebih awal dengan kehendak Allah .. Mersing merupakan destinasi pertama yang dilalui selepas perjalanan selama kira-kira satu jam. Singgah untuk mendapatkan bekala