Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 19, 2021

Ramadhan 1442 telah melangkah pergi

 5 Syawal 1442 PKP 3.0 yang diumumkan oleh pimpinan telah melayukan nafsu geng syawalian meneruskan agenda beraya sebulan sebagaimana slogan agung mereka yang dilagukan oleh para artis yang sememangnya golongan yang paling terkesima pabila munculnya syawal di ufuk timur akhir Ramadhan saban tahun. Allah  ﷻ  hendak memberikan kita satu pesanan melalui covid-19 "tinggalkanlah amalan membazir dan bersuka-sukaan itu buat selama-lamanya".. Namun gejolak nafsu berahi beraya sakan ini sukar untuk dilupuskan sama sekali. Keliaran mereka sukar untuk dibendung. Maka munculnya pelbagai aksi di persekitaran. Anehnya, mereka seolah dijaga oleh tangan ghaib yang mampu menentukan masa depan negara (?) Mengiringi pemergian Ramadhan ialah tragedi di Al Aqsa yang mencetuskan ketegangan serius di timur tengah. Namun fasa itu berjaya ditenggelamkan dek keseronokan syawal geng syawalian yang masih berahi untuk menyambut hari raya. Kegelisahan membendung nafsu beraya turut dikongsi dimana² hantara