Cemerlang kah kita?
Pak Kadok : Eh, macammana si mamat tu leh dapat khidmat ceemrlang eh? Aku tengok tak pernah kelihatan pun kecemerlangan yang boleh ditonjolkan... Pak Kodek : Eh..kau ni...biarlah dia...tu rezeki dia. Engkau dok sibuk hal ehwal orang ..nko tu bila pula nak cemerlang? Pak Kadok : Ah...aku tak dapat pun tak dek hal lah....(nada kecewa) Mak Cik Tongkol : Peah..Kawan kita semua dah dapat naik pentas..kita bila la agaknye eh? Kak Peah : Entah la tong....saban tahun ku menanti... entah bila kan datang ...kawan-kawan lain dah maju ke depan...kita masih takat ni je lagi.. Petikan perbualan-perbualan ini sememangnya biasa akan kedengaran apabila tibanya hari dimana staf diraikan selaku pekerja cemerlang di mata sesebuah organisasi. Saban tahun, selepas penerima anugerah diumumkan maka sudah barangpasti ianya akan menjadi topik dan perbualan hangat untuk sepanjang minggu mengenai keputusan yang dibuat oleh pihak majikan. Ramai juga yang bersetuju. Tidak kurang pula yang kurang setuju, bahkan r