Melayu Masih Layu
Tatkala bersembang² semasa makan tengahari kerana menghadiri sebuah kursus dalaman, salah seorang ahli panel, pakar perubatan di sebuah organisasi tersohor mengisahkan mengenai anak-anak melayu yang sudah ribuan tahun menghuni semenanjung emas, tetapi nasib yang masih kurang terbela. Menurutnya, masih wujud anak-anak melayu yang mencapai 8 A dalam SPM lepas namun masih termanggu² untuk meneruskan kehidupan dek kerana masalah kewangan yang menghimpit... Adalah menjadi tanggungjawab partai politik yang berteraskan Islam-Melayu di tanah air untuk membela nasib golongan seumpama ini...yang sepatutnya mempu mengejar cita-cita namun terbantut dek kerana masalah kewangan yang mencengkam... Orang Melayu masih lagi bertakuk lama. Dihimpit masalah kewangan yang serius meskipun dasar DEB yang diberi peluang berdiri lama di kalangan bangsanya, namun ianya hanya mampu mengkayakan serta mengeyangkan beberapa kerat dari kalangan Melayu yang 'bernasib baik' dan terus menenggelamka