Catatan

Tunjukkan catatan dari November 5, 2013

Ibadah kita senantiasa bermusim?

Tatkala menghadiri sambutan maal hijrah di salah sebuah masjid jame di bandar yang dinamakan bersandarkan kepada nama haiwan ini, fikiran penulis agar terusik dengan gelagat majoriti yang hadir pada maghrib 30 zulhijjah 1434 petang itu. Penulis sememangnya tiba agak lewat. Tatakala suara imam sudah membaca bacaan surah pada rakaat kedua, penulis masih terpusing-pusing mencari parkir kereta. Masjid tua yang telah wujud sejak tahun 1940an di bawah agensi pentadbiran agama negeri ini kelihatan sendat dengan kenderaan hingga melimpah ruah keluar daripada kawasan parkir yang berpagar. Apabila berjaya menjeguk ke dalam bahagian solat, saf tidaklah melimpah ruah sebagaimana yang biasa berlaku pada hari Jumaat. Lagipun kebanyakan jamaah malam itu adalah anak-anak muda, mungkin dari asrama sekolah berhampiran. Meskipun penceramah yang dipanggil agak tersohor, namun ianya kelihatan tidak mampu menarik khalayak lebih ramai.. Sememangnya jamaah pada Maghrib 1 Muhrram 1435 adalah ramai

Astro Ceria : Hanya menceriakan tanpa mendidik..

Imej
Mungkin tidak semua di antara kita yang biasa menonton astro ceria di siaran 611. Ianya adalah saluran khusus untuk kanak-kanak di semua peringkat umur. Mungkin pada masa awal penubuhannya hanya diisi dengan siaran kartun biasa yang dialih bahasa.  Tetapi selepas melalui beberapa fasa kematangan, kelihatan astro ceria mula bangkit dengan beberapa siri realiti (selain tom tom bak) seperti kamilah bintang , dan terkini super star 2.. Ternyata kebanyakan acara realiti terkini dan juga sebelum ini di astro ceria langsung tidak mendidik jiwa anak-anak. Alangkah ruginya sebuah siaran yang ditonton oleh kebanyakan anak di seluruh negara Islam Malaysia ini tidak dipergunakan dengan sebaiknya untuk membawa mereka berfikir dan mendidik mereka ke arah Islam.  Kita sebenarnya boleh mengira  dengan jari berapa ramai sahaja anak-anak kita yang mahu menonton kisah-kisah agama seperti adik bertanya ustaz, ataupun kisah-kisah yang banyak ditayangkan di TV9 berkaitan pendidikan anak-anak...