Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 20, 2018

Jika Dia sudah mengundangmu kepadaNya ...

Imej
Menjelang Dhuha yang terik tanpa teduhan sejak 14 hari lepas, penulis dan rakan mengambil sedikit sarapan pagi di kafe milik organisasi. Berkebetulan bertemu dengan susuk seseorang yang biasa ditemui sebelum ini. Pernah menyertai kursus BTN bersama. Untuk makluman, penulis menghadiri kursus BTN sebanyak dua kali. Tatkala itu kursus tersebut diperlukan untuk melepasi PTK 1 yang membolehkan pergerakan gaji. Jika tiada hadir ada kemungkinan tiada pergerakan gaji....Kali pertama hadir penulis diisytiharkan gagal. Kegagalan adalah bukan kerana tidak melepasi markah untuk peperiksaan bertulis, tetapi kegagalan di sebabkan LDK. Markah yang diberi hanya sipi² sahaja untuk mencapai tahap lulus. BTN itu mengandungi dua tahap untuk ujian kelulusan. Tahap I adalah berdasarkan LDK yang dihadiri manakala tahap II berdasarkan ujian bertulis. Jika kegagalan kerana ujian bertulis, maka calon hanya perlu menduduki semula ujian tersebut. Tetapi jika gagal kerana ujian di peringkat LDK, maka calo