Catatan

Tunjukkan catatan dari April 30, 2013

Bila umur telah bertambah...

Imej
Seawal jam 7.05 pagi, ucapan selamat hari ulangtahun yang pertama telah hinggap di telefon pintar penulis. Tentu sahaja dari bonda yang tersayang. Yang tidak pernah jemu menjadi orang pertama memberikan ucapan hari ulangtahun... Menjelang waktu dhuha, muncul SMS kedua daripada isteri tercinta. Tahun ini siap ada nyanyian lagu selamat ulangtahun lagi...hehehe Kemudian muncul SMS kedua daripada sahabat dan seterusnya tertera di lipatan Muka Buku akaun penulis... Ya...sebenarnya penulis pun telah lupa ... SMS bonda yang telah mengingatkan .. Umur sudah semakin meningkat dan bertambah. Bermakna semakin hampir kepada alam barzakh... Lubang kubur sudah semakin dekat. Malakul maut sudah semakin kerap menjeling 'maut' ... Tetapi diri masih belum sedar.. Diri masih belum insaf.. Masih rela menjadi tunggangan nafsu Masih gagal menjinakkan keliaran nafsu .. Entah sebentar lagi...maut bakal menyapa Dalam keadaan diri terpinga-pinga .. Barulah menyesal kerana menangguh-n