Catatan

Tunjukkan catatan dari November 7, 2013

Memerangi Syiah...meliarkan nasionalis...

Imej
Gerakan memerangi syiah semakin hari semakin diperhebatkan di bumi semenanjung emas ini. Ada sahaja aktiviti yang dilaksanakan sama ada di peringkat kerajaan, jamaah bahkan orang perseorangan. Begitu ramai yang mengaku sebagai penganut ahli sunnah yang asli dan terpelihara menceburkan diri ke dalam dunia jihad melawan kaum syiah yang sesat ini. Dan diriwayatkan juga ada ulama di kalangan sunni di bumi bertuah ini sanggup bermatian menterjemahkan kitab-kitab syiah ke dalam bahasa melayu, bukan sebagai satu bentuk percambahan ilmu, tetapi untuk menghentam dan membuka kedok kebusukan musuh tradisi no wahid, iaitu syiah dan angkatannya... Petang seusai solat asr berjamaah di jame menara nan sebatang, sekonyong-konyong muncul seorang ulama menghampiri kami, "Semalam masjid ni ada buat bacaan doa awal tahun dan akhir tak?" "Ada.." "Kita kena faham bahawa Nabi SAW tidak pernah melaksanakan acara tersebut. Ianya satu bidaah...!" Terang tan