Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 9, 2013

Ramadhan : Terkenang semasa dulu

Imej
Bayu Ramadhan mula menyapa subuh ini...membawa bersama kesyahduan dan kenyamanan aroma syurgawi menggamit hati yang tunduk agar segera memperbanyakkan amal dan doa serta taubat kepadaNya .. Penulis terkenang Ramadhan semasa kecil dahulu. Ya..walaupun baru-baru belajar berpuasa, namun keadaan sekeliling sebenarnya banyak membantu untuk berpuasa.  Sebagai contoh, apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, maka majlis musabaqah membaca al quran (kini dikenali sebagai tilawah) peringkat antarbangsa akan diadakan. PAda waktu itu, hanya ada tiga saluran televisyen sahaja, dan dilokasi penulis, hanya ada RTM 1 dan RTM 2 sahaja. Maka kedua-duanya akan menyiarkan siaran tersebut secara langsung.  Pada waktu tersebut, tidak pernah pula kedengaran mengenai bazaar Ramadhan. Hampir keseluruhan keluarga akan menyiapkan makanan berbuka sendiri, dan selalunya secara amat sederhana. Maka tidak timbul soal kehilangan masa kerana berjalan ke bazaar Ramadhan, juga kerabakan atau ketirisan amalan dek