Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 25, 2013

Pelaksanaan Hudud di Brunei : apa reaksi kita?

Di mana-mana sahaja pada hari ini, golongan yang condong hatinya kepada Islam rata-rata turut merasa gembira dengan pengumuman penting yang dibuat oleh baginda Sultan Brunei mengenai pelaksanaan hudud di negara tersebut. Di FB juga berita tersebut begitu hangat diperkatakan dan video serta maklumat berita dari brunei begitu banyak di share pada laman tersebut. Masing- masing kelihatan ghairah dengan kejayaan dan keputusan salah seorang raja di alam melayu ini. Walau bagaimanapun ianya tetap mendapat reaksi yang berbeza-beza. Salah seorang pendidik di menara gading menyatakan bahawa ada kemungkinan ianya tidak dilaksanakan. Hanya seqadar perkataan dan pengumuman sahaja. Bagi pihak yang condong kepada pelaksanaan islam yang syumul, mereka memuji-muji langkah sultan tersebut manakala bagi pihak yang kurang mesra syariah, mereka cuba membangkitkan isu hudud yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan sekitar tahun 1990an yang mana ianya gagal dilaksanakan di negeri tersebut bahkan mereka menud