Aku ingin cuti ..
Cuti Rehat atau tahunan yang diperuntukkan kepada setiap pekerja acapkali doanggap sebagai hak mutlak mereka. Hal ini menyebabkan ada diantara staf yang begitu berani mengamuk sakan di pejabat apabila permohonan cuti mereka ditolak mentah-mentah oleh insan bernama bos. Ada juga staf yang berani mengambil Cuti Kecemasan - EL dengan alasan bagi menghalalkan perlakuan mengambil cuti secara tidak terancang dengan hanya menghantar mesej ringkas melalui SMS. Penulis juga berpengalaman mengambil EL. Tetapi ianya berlaku apabila kita sering berhadapan dengan kes luar jangka. Ianya juga jarang sekali berlaku. Namun ada juga staf yang cuba mengambil kesempatan atas sifat toleransi tahap tinggi insan bernama bos untuk kerap mengambil EL. Malang sekali jika kekerapan agak tinggi dan hampir setiap bulan. Mungkin golongan seperti ini perlu diluruskan dengan sekali-sekala tidak meluluskan permohonan EL tersebut. Ataupun boleh juga dengan terus ke rumah staf berkenaan untuk memastikan apakah