Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 14, 2015

Antara kuda kepang, tarian dan walimah

Imej
Hujung minggu penulis berpeluang menghadiri sebuah majlis walimah yang diadakan di dewan berlokasi pusat bandar mukim di tengah-tengah negeri gapura selatan. Suasana agak lembab dek kerana hujan yang turun sekali-sekala dalam kuantiti yang agak rendah. Mencari parkir kereta juga menyebabkan penulis terpaksa membuat dua kali pusingan baharulah dipertemukan dengan lokasi yang agak sesuai dan selamat pada pandangan penulis. Sebaik masuk ke dalam dewan yang bersuasana suram, gegendang telinga menangkap satu bunyi rentak yang seakan familiar sebelum ini. Tanpa perlu membuat siasatan lanjut, penulis hanya terus menuju ke lokasi hidangan makanan berbantuk buffet dan langsung mengambil pinggan untuk meletakkan nasi dan lauk pauk. Kelihatan juga lauk pauk yang sudah seakan ditinggalkan tanpa penjagaan. Mungkin kerana waktu sudah beransur petang maka pihak penyaji makanan mengambil keputusan untuk tidak lagi memperbaharui hidangan yang hampir habis.  Mencari-cari lokasi untu