Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 28, 2012

kelas VI

Imej
Kelas petang yang agak redup ini berjalan seperti biasa. Kehadiran juga seperti biasa. Tetapi kali ini nampaknya mereka datang agak awal daripada biasa. Lebih awal daripada minggu sebelumnya. Perbicaraan pada petang ini berkisar mengenai masalah muwafiq dan masbuq manakala maudu' perbincangan adalah dalam ruang lingkup falsafah fiqh imam asy syafie, pendiri dan pengasas mazhab yang dianuti oleh kebanyakan muslim di sekitar asia tenggara. Kitab yang dirujuk ialah kitab karangan wahbah az zuhaili, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh pihak YAPIM. Dek kerana peralatan maha cangih di bilik kuliah ROSAK dan GAGAL untuk digunakan, maka penulis menggunakan kaedah lama, iaitu membaca kitab sebutir demi sebutir. Berdasarkan kepada bentuk-bentuk pertanyaan yang cuba ditimbulkan oleh pelajar boleh dikatakan bahawa mereka memahami topik yang cuba disampaikan. Topik kedua berkisar mengenai pakaian dan apakah pakaian yang sesuai apabila seseorang itu mengerjakan solat dan juga a