Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 11, 2015

Tarbiyyah Sentap Buat Pendosa

Imej
Mengapa agaknya diri ini semakin terkejar² akan dunia sedangkan tempoh expire date sudah semakin hampir? Tidakkah engkau sedar akan diri bahawa apabila jasad busukmu pertama kali menginjak lubang kubur, kamu akan menyesal kerana tidak pernah mengambil iktibar dari kematian orang di sekelilingmu sebelum daripada ini? Berapa ramai orang kaya yang dikebumikan sebelum ini, namun sesen RM pun tidak mampu dibawa ke sana bahkan tidak bernilai langsung? Berapa ramai orang berpangkat besar yang dikebumikan di sini, namun ianya hanya menimbulkan penyesalan sahaja? Berapa ramai manusia yang bergaji besar dikebumikan di sini, namun ianya hanya sesuatu yang sia² bahkan mungkar dan nankir tidak akan pernah bertanyakan, "Berapa gaji terakhirmu sebelum menemui kami?" Bahkan ramai pula orang kaya yang dipertanyakan dari mana engkau memperolehi kekayaan ini dan bagaimana engkau membelanjakannya? Orang berpangkat pula bakal ditanya, apakah pangkat yang disandang dij