Antara produk cadbury, produk forex dan produk riba....
Sejak minggu sebelumnya, suasana gegak gempita menyelubungi bumi malaysia. Kisah bermula apabila terpapar di media sosial mengenai maklumat kewujudan DNA khinzir pada produk cadburry. Itupun hasil kerja seseorang yang berada di makmal milik kementerian kesihatan yang memuatnaik hasil penemuan kajiannya ke media sosial. Tiada siapa yang tahu apa tujuan sebenar staf tersebut berbuat demikian. Mungkin dia benar-benar ikhlas untuk menyelamatkan muslim dari terus terjebak dengan makanan ini. Atas dasar ingin menjadi penyelamat, maka tanpa perlu menoleh ke belakang. Tanpa perlu memikirkan implikasi terhadap masa depan kerjayanya, dengan penuh keberanian, dia memperjudikan nasibnya,mungkin untuk menjadi wira. Namun banyak perkara sebenarnya yang perlu dilihat semula. Pertama, selaku seorang penjawat awam, dia adalah tertakluk sepenuhnya terhadap amanah menjaga kerahsiaan. Apabila ia melanggar arahan tersebut, walau atas alasan apa sekalipun,ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk