Catatan

Tunjukkan catatan dari September 18, 2014

Citraku menangis lagi

Imej
Pulang dari pejabat di petang Ahad dengan perjalanan yang agak lancar. Ini mungkin disebabkan ketiadaan kesesakan di bahagian kilang bersebelahan bangunan pejabat dekkerana mereka bercuti pada Ahad. Meskipun kerajaan Gapura Selatan telah mengembalikan cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu, namun pihak bukan pemerintah bebas untuk memilih sama ada untuk bercuti hujung minggu mengikut kehendak kerajaan gapura ataupun mengikut sebagaimana kerajaan persekutuan. Maklumlah, negara demokrasi. Namun tiada pula kedengaran sektor awam dinegeri itu berani menunjuk belang untuk membelakangi kehendak kerajaan negeri... Tatkala tiba di pekan satelit, kelihatan meter temperature di dashboard kenaikan kesayangan naik melebihi paras normal.. "Wah...apahal pulak.." Namun penulis masih meneruskan perjalanan. Hati kembali tenang bila melihat jarum meter tersebut turun semula bila kenderaan bergerak. Namun tatkala berhenti, iamenaik kembali. Kenderaan terus dilarikan dan akh