Sketsa bas biru dan bas pink
Kenaikan utama pelajar marhain di sepanjang 11 hari yang menyeronokan ini (ayat cubaan meneutralkan emosi) ialah bas berwarna biru dan kemudian transit serta bertukar kepada bas berwarna pink, atau dalam kalangan orang yang berbahasa melayu akan menyebutnya sebagai berwarna merah jambu. Bas biru ini merupakan keperluan utama kepada penghuni bangunan tersergam di puncak desir angin, bangunan paling jauh dan paling tinggi dari kampus utama. Apabila anda ketinggalan bas biru yang akan berhenti dihadapan bangunan penginapan, ada kemungkinan anda terpaksa menapak sejauh kira² lima KM untuk menuju ke jejantas dan kemudian mengambil bas pink untuk menuju ke kelas. Jika anda tidak bernasib baik, dari hentian selepas jejantas, anda mungkin terpaksa berjalan kaki menuju ke kelas. Bukan sekali dua penulis dan beberapa rakan terpaksa menapak ke kelas di bawah pancaran terik sang mentari... Mungkin bagi pelajar lelaki, kelihatan marcur berjalan dengan penuh bergaya ke kelas di bawah terik men