Polemik Syiah-Sunni
Beberapa dawarsa ini aku mengenali seseorang yang kelihatan berminat dengan jamaah .. Sebenarnya sudah terlalu lama aku ketandusan rakan yang boleh berfikir mengenai Islam dalam keadaan latar belakang pendidikan mereka berada di luar lingkungan pendidikan syariah yang formal .. Aku mengkagumi sahabat ini kerana kerap berulang alik ke masjid .. Petanda bahawa ada sesuatu di dalam benak fikirannya yang boleh membawa kepada keuntungan Islam . Maka aku mencubanya dengan membawa beberapa perkara yang berkaitan dengan fahaman syiah .. ternyata beliau amat anti dengan manusia penganut mazhab syiah ini hingga berani menyesatkan mereka 'kulluhum ajmain' Aku terangkan kepada beliau sebagaimana yang kufahami dari pembacaanku, selagi mana golongan ini tidak mengkafirkan sahabat-sahabat besar (Abu Bakr, Umar, Usman dan lain-lain) maka selagi itulah mereka masih boleh didekati dan tidak boleh mengkafirkan mereka. Perkara ini telah jelas diterima bahkan fatwa dari Al azhar sendiri telah menj