Catatan

Tunjukkan catatan dari September 21, 2010

Sambutan Hari Raya

12 syawal telah dipilih sebagai hari sambutan aidilfitri peringkat organisasi. Maka berduyun-duyun warga organisasi ini turun padang untuk menghadirinya. Warga kerja juga warga pelanggannya. Beberapa buah khemah didirikan yang bakal diisi dengan pelbagai juadah untuk santapan percuma para tetamu yang dijangka mencapai ribuan kuantitinya. Lagu-lagu hari raya seperti biasa dikumandangkan dengan bantuan pancaragam khusus yang telah sedia ada. Ditambah juga dengan lagu-lagu dari CD2 lama yang berjaya memutarkan beberapa buah lagu raya yang boleh menghangatkan nostalgia perayaan eid. Menanti saat munculnya para VIP agak memakan masa. Namun ada juga yang telah memulakan acara makan mereka. Boleh jadi bau-bauan yang timbul, khususnya dari bakaran sate sudah tidak bisa lagi dapat membendung nafsu yang mula membuak. Suasana di waktu zawal itu agak meriah dan diserikan lagi dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat. Namun penulis tidak dapat menunggu lebih lama kerana masalah kesihatan. Hanya se