Catatan

Tunjukkan catatan dari November 15, 2014

Edisi Terjah : surau ni memang benar² berhantu...

Jika kita memasang nawaitu untuk ke pasaraya Econsave yang terletak di ibu daerah tengah gapura selatan, apabila kita melalui jalan belakang untuk pulang selepas selesai bertawaf wida sambil mengendong barangan keperluan, kita akan melalui sebuah bangunan usang yang kelihatan amat daif. Kalau tidak kerana papan tanda yang wujud, kita pun tidak tahu bahawa ianya adalah sebuah bangunan bertaraf surau... Agak sedih dan menyayat hati melihat keadaan surau atau rumah Allah yang pernah suatu ketika dahulu melalui zaman kegemilangannya. Sudah barang pastii dahulunya ia didirikan oleh para ahli qaryah dengan memasang nawaitu pengimarahan tiap waktu. Penulis kurang arif mengenai latar rumah Allah yang usang dan kelihatan seperti berhantu, kalau tidak kerana adanya nama bangunan suci ini. Ianya kelihatan begitu terasing dan ditinggal sepi oleh anak qaryahnya. Hendak dikatakan anak qaryah kesemuanya telah pupus, kelihatan masih ada rumah-rumah yang pada zahirnya milik muslim berhampiran