Ramadhan ke dua
Ramadhan kedua merupakan hari pertama penulis ke pejabat. Bagi isteri pula, cutinya dipanjangkan sehingga ke 3 Ramadhan. Sebagaimana biasa di pejabat selalunya banyak dugaan dan ujian yang berlaku untuk mengganggu gugah amalan puasa kita. Ujian ini mungkin datangnya dari sahabat-sahabat sekeliling sama ada dalam bentuk tarikan untuk berbicara perkara yang lagha, atau tarikan untuk makan daging saudara sendiri, ataupun tarikan mata dari segi pakaian-pakaian yang menakjubkan hati sang lelaki... Juga di pejabat kita akan menemui golongan yang membuka radio online..jika IKIM FM buleh le tahan lagi. Tapi kalau buka siaran lain yang 99% mengarut dan merepek serta ditambah dengan lagu2 lagha, pemujaan terhadap kaum berlainan jantina dan sebagainya, bagaimana kita hendak menjaga dan mengawal amalan puasa kita? Kita juga kadangkala diuji dengan perkara-perkara yang mampu menaikkan darah. Hanya bersabar sahaja yang mampu dilakukan. Bukankah Nabi SAW pernah mengajarkan apabila kamu diajak berteka