Kisah rasis mazhab di masjid
Seusai solat zuhur di masjid lama, belumpun sempat menghabisi wirid, jamaah yang duduk bersebelahan penulis tiba-tiba bersuara, "Foreigner tu macam wahabi gayanya..." Agak terpana mendengar pemikiran jamaah tersebut. Mengapa tiba-tiba dia melemparkan ayat separuh menuduh di dalam rumah Allah seusai berjamaah ... "Ramai orang luar wahabi. Kalau kat masjid (jame') masa solat Jumaat, dia orang tengok saya pakai serban macam pelik. Kalau ustaz ***** baca khutbah, dia orang tengok macam gaya tak puas hati..." Aihh...parah mamat ni... "Lepas tu ramai gak yang dari luar, agaknya syiah, solat di sini hari Jumaat" Mmm...mengapa perlu diperbesarkan hal seumpama ini. Bukankah banyak lagi agenda musuh Islam yang perlu ditangani. Masalah Islam liberal lagi perlu ditangani dari isu wahabi, syiah dan sebagainya. Ialah...orang akan kata ni isu akidah. Tapi penulis melihat, ianya adalah isu yang dijadikan alat untuk mempermainkan umat agar berp