Catatan

Tunjukkan catatan dari November 11, 2011

Hari Raya di pejabat baru : backdated entry

Sambutan hari raya di peringkat jabatan penulis diadakan agak lewat pada tahun ini, iaitu pada 1 Zulkaedah 1432. Sememangnya sambutan hari raya eid di negeri ini kerap berlarutan hingga menjejak ke bulan zulkaedah, meskipun takbir hari raya hanya dikumandangkan sehingga seleai solat sunat eid fitr, berbanding alunan takbir sehingga asr 13 Zulhijjah, namun kemeriahan, kehangatan dan aura sambutan eid fitr sangat terasa di kebanyakan negeri-negeri di semenanjung tanah melayu, khususnya di negeri Darul Ta'zim ini. Sebagaimana biasa, sambutan dikendalikan oleh sepenuhnya oleh pihak wanita jabatan penulis. Lokasi ialah makmal yang masih kosong dan luas. Ini merupakan sambutan pertama yang dibuat di kompleks bangunan baru yang tersergam indah ini. Ucapan oleh timbalan memulakan rentak majlis dan disusuli oleh lagu-lagu raya...itu memang biasa di mana-mana majlis hari raya. Jarang sangat telinga kita akan disumbat dengan alunan nasyid ataupun selawat jika majlis seumpama ini. Lagu hari ra

perayaan hallowen ?

Imej
GAMBAR HIASAN Di suatu petang yang agak redup, tatkala pulang dari pejabat, penulis bersama tiga penumpang regular bersiap untuk memasuki satu road block. Sejak akhir-akhir ini memang setiap hari pasti ada sekatan jalan raya untuk pemeriksaan polis atau singkatan road block. Seolah-olah zaman darurat, kerana teringatkan babak-babak dalam filem Bukit Kepong arahan Senator Dr Jins Shamsuddin , juga filem-filem berkaitan zaman dharurat yang sering ditayangkan di stesen-stesen TV milik pemerintah, khususnya tatkala sambutan bulan kemerdekaan negara.. Anehnya, kereta kancil dihadapan kereta penulis ditahan dan petugas polis seolah-olah amat berminat untuk menyoal pemilik kereta. Salah seorang penumpang mengatakan, mungkin pemandu kereta tersebut anak dara, maka polis banyak menyoal. Tetapi apabila kereta tersebut diarahkan berhenti di tepi jalan, dan tatkala kenderaan penulis melalui sekatan tersebut dengan jayanya, rupanya keempat-empat penumpang mempunyai wajah yang aneh...seolah-olah sed