Semangat korban yang hilang :part II
Kita sememangnya dapat menyediakan haiwan ternak untuk dijadikan sebagai korban. Mungkin ada juga dikalangan kita yang sanggup menyimpan sedikit dari wangnperbelanjaan bulanan guna untuk membeli sebahagian dari korban yang mungkin bernilai RM700 untuk satu-satu bahagian. Bagi si kaya dan orang ternama, setakat berbelas ekor lembu untuk acara korban bukanlah sesuatu yang membebankan. Namun disebalik kegirangan dan keghairahan kita menyembelih binatang ternakan ini dan mengagihkannya, adakah kita mampu menghayati falsafah sebenar sebuah pengorbanan? Sebagai contoh, apabila organisasi yang menjadi tempat kita mencari makan memerlukan kita untuk mengisi sebuah acara peringkat negeri atau setidak-tidaknya daerah dihujung minggu pada waktu malam, bukan untuk menyanyi, tetapi cukup untuk hadir selaku peserta semata-mata yang tidak memerlukan seseorang untuk mengeluarkan wang sakunya walau RM0.01 pun, namun dek kerana hilangnya semangat pengorbanan dan berkobarnya semangat unt