Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 19, 2023

Muharram 1445

1 Muharram 1445 Amalan lazim kalangan bani ta mim setanah semenanjung emas ialah berkumpul di masjid atau surau atau mosalla pada penghujung akhir zulhijjah sebelum masuk matahari dan mengisi masa dengan bacaan tahlilan, membaca doa akhir tahun dan seterusnya bacaan doa awal tahun seusai solat maghrib; Maka jamaah di masjid dan surau akan bertambah pada malam tersebut bagi menyertai acara. Bahkan ada yang berbuka di masjid dan surau kerana berpuasa pada akhir tahun dan awal tahun kerana percaya akan segala amalan itu boleh mencapai redha Allah taala jua adanya; Mungkin penganjur cuba mencari jalan alternatif dan mengimbangi majlis sambutan tahun baharu masehi. Seingat penulis program seumpama ini tidak semeriah ini jika dibandingkan 10 tahun kebelakang; Agak janggal kerana amalan tahunan seumpama ini tidak pernah diriwayatkan dilaksanakan oleh Junjungan bahkan para khulafa ar rasydin dan juga generasi terbaik tiga kurun. Sedangkan mereka adalah contoh terbaik untuk diikuti; Bagaimana k