Ziarah SOGO
Sebagaimana tahun² sebelumnya, acara ziarah SOGO diteruskan lagi pada tahun ini. Cuma bezanya, ia dilaksanakan sebelum menjelang Ramadhan. Jumaat 15 Syaaban dipilih sebagai hari untuk safar ke sana. Perjalanan bermula sekitar jam 8.30 pagi. Singgah di warung kupi buat mengalas perut yang mula berbunyi. Lontong ayam goreng dan sate menjadi hidangan pagi. Sememangnya hidangan seumpama ini sukar untuk didapati di negeri² lain di Tanah Semenanjung Emas, melainkan di negeri yang tidak berkibar walau sedetik pun bendera Union Jack di tiang benderanya hingga kini. Sate yang biasanya dimakan di malam hari di warung² seantero semenanjung emas, dimakan sebagai sarapan pula di hujung selatan semenanjung emas. Sekitar jam 9.15 pagi kenderaan putih milik isteri penulis dipandu masuk ke lorong pengutip cukai lebuhraya. Untuk kepastian, penulis bertanya kepada sang petugas pengutip cukai lebuhraya akan pelaksanaan penggunaan pembayaran dengan menggunakan kad semata². Kununnya tidak lagi diterima