Menghias kubur menjelang syawal
28 Ramadhan tahun ke 1439 daripada hijrah Ar Rasul Mempamerkan hari yang cerah dan indah. Dalam perjalanan menuju ke pasar untuk membeli sedikit keperluan, perjalanan kami melalui kawasan pusara yang menempatkan mereka yang telah pergi. Kelihatan beberapa kenderaan dan manusia yang wujud di kawasan pusara tersebut. Oh ya....sudah hampir menjelang syawal. Sudah menjadi kebiasaan umat melayu untuk menziarahi pusara orang tersayang sebagai lambang dan tanda kasih sayang yang masih menghijau, mungkin sehijau pohon yang ditanam di bahagian kepala pusara sejak tarikh dikebumikan. Ziarah tersebut selalunya berbeza daripada ziarah biasa. Ada sesuatu yang diperbuat di kawasan pusara tersebut seperti aktiviti pembersihan dan pengindahan kawasan pusara. Terdapat waris yang mengecat batu nesan dan 'kepuk' yang membatasi ruang pusara. Maka akan jadi pelbagai warna di taman pusara tersebut. Tiada sebarang halangan atau kekangan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama mengenai perkara