Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 20, 2016

Air dicatu sekali lagi?

Imej
Sekali lagi, untuk kali kedua bagi tahun masihi 2016, syarikat air tersohor di selatan semenanjung emas, mengeluarkan jadual bekalan air berjadual untuk kawasan daerah di tengah-tengah gapura selatan dan juga di kawasan pantai timur jajahan takluknya. Kadang² pelik juga dengan kejadian kekurangan bekalan air di daerah tengah ini. Mengapa daerah lain tidak terlibat? Adakah simpanan air bagi daerah tengah ini semakin kritikal hingga terpaksa dijadualkan penggunaannya? Ironinya media massa arus perdana seolah mengkesampingkan kisah dan berita berkaitan salah satu bentuk penganiayaan tarhadap rakyat ini. Yang dipaparkan dan diviralkan ialah kisah hang cangkul yang menyerang pegawai air yang bertugas. Itu tidak ada kena mengena dengan isu kekurangan air. Itu amat jauh dari kesengsaraan rakyat yang terpaksa menjimatkan air. Sebenarnya tidak semua rakyat yang mempunyai bekalan air simpanan di dalam tangki belakang rumah. Masih kedapatan rakyat marhaen yang ketiadaan tangki simpanan