Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 8, 2022

kisah-kisah buli - zaman IPTA

Imej
 5 Jamadil Akhir 1443 dari tahun hijrah ar rasul 84 hari menjelang Ramadhan Bukan hanya setakat di sekolah SBP, buli juga adalah satu budaya yang bermain di sekitar institusi pengajian tinggi. Ianya juga dibuat secara terancang dan juga tidak terancang. Secara formal dan juga tidak formal. Melangkah masuk ke salah sebuah IPTA, kini dikenali sebagai UA yang tersohor di seantero dunia. Sesi MSR, yang kedengaran lunak dan berbau islami itu hanya alat propaganda untuk menghalalkan buli secara teknikal. Seawal malam pertama sang siswa siswi telah dibuli dengan acara menghafal lagu institusi. Tapi sayang, bukan lagu yang formal. Sungguh aneh bukan? Kemudian, diedarkan kertas dengan arahan mendapatkan tandatangan kesemua OC (Orientation Committee) dengan alasan mencari kemesraan. Kaedah kedengaran mudah tetapi untuk mendapatkan tandatangan setiap OC banyak karenah yang perlu ditempuh. Tidak dinafikan, ada OC yang menjunjung tinggi nilai Islami. Sekali minta, tidak dihampakan. tetapi ada yang