Akhirnya kami berpindah ...
Isnin 15 Ramnadhan penulis hadir ke pejabat sepertimana biasa. Berpakaian kemeja kemas. Di pejabat rupanya acara pemunggahan dan pemindahan barang ke kompleks pejabat baru telah bermula!!.
Ini sebenarnya di luar jangkaan penulis. Penulis fikir masanya masih jauh lagi. Rupanya kedatangan arahan itu dilaksanakan dengan tiba-tiba!!
Maka terpaksalah mengemaskan beberapa barangan yang penting untuk disimpan di dalam kotak yang disediakan.
16 Ramadhan kerja-kerja menjadi semakin rancak. Pihak luar yang diterima selaku pengangkat barang telah tiba. Maka kejadian berpindah sebenar pun berlaku. 17 Ramadhan penulis terpaksa menolak jemputan selaku pengacara majlis dek kerana ketiadaan PC untuk membuat teks. Petangnya sudah mula memasang PC di pejabat baru namun tiada aliran elektrik.
PC hanya boleh dipasang pada 18 Ramadhan. Itupun tiada internet yang dibekalkan. Pejabat am masih lintang pukang. Bagaimana hendak beroperasi? Pelajar baru bakal mendaftar pada 7 September. Persiapan mas