Kita dan punch card
Setiap pagi..penulis dan rakan2 lain yang bekerja makan gaji ini akan memandu kenderaan sama ada kecil atau besar, kereta atau motosikal, dengan keluar lebih awal, atau memecut laju kerana lewat, hanya semata-mata untuk mengejar punch card agar dapat di ketik sebelum jam 8.00 pagi!! Selepas berjaya mengetik, walaupun hanya pada waktu 8:00:59 .. ianya sangat bermakna kerana ianya tidak akan membuatkan kad kita menjadi bertukar warna jika sekiranya mengalami kelewatan melebihi tiga kali dalam sebulan. Tetapi walaupun kita berjaya mengatasi masa itu, adalah menjadi sesuatu yang sebenarnya kurang sihat apabila kita masih belum berada di hadapan meja kita pada waktu tersebut. Menurut salah seorang daripada ketua jabatan penulis, jam 8.00 pagi sebenarnya ialah waktu dimana staf sudah berada di meja kerjanya, bukan masih berada di hadapan punch card. Ertinya, jika kita berjaya merentas masa dan mengetik sebelum jam 8.01 sekalipun, kita masih dianggap sebagai pekerja yang kurang cemerlang, da