Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 8, 2012

Maulid Rasul 1433

Imej
Ustaz Zulkifli Al Bakri dalam segmen ad daurah pada Jumaat 3 Feb 2012 di radio IKIM menyatakan bahawa ada ulama yang memberikan pandangan bahawa junjungan mulia Rasulullah SAW diputerakan pada Isnin 9 Rabiul Awwal tahun gajah. Setiap tahun kita akan menyambut acara maulid secara rasmi pada 12 Rabiul Awwal tahun hijriah. Sambutan akan dibuat dan disambut oleh semua golongan masyarakat dari pimpinan negara hinggalah kepada petani dan pesawah. Namun kita sebenarnya perlu bertanya kepada diri sendiri...Adakah benar kita menyambut maulid kerana kita cintakan Nabi SAW? Atau adakah kita menyambutnya dengan bercuti panjang (berkebetulan cuti tahun ini hingga mencecah empat hari) seqadar kerana ianya telah diwartakan maka kita pun mengambil kesempatan cuti itu tanpa sedikit pun terasa di hati untuk menzahirkan cinta kepada junjungan? Atau adakah kita yang sanggup berarak sejak awal pagi, mungkin kerana dipaksa oleh majikan, ada sedikit atau sekelumit rasa cinta terhadap Nabi SAW untuk meraikan