Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 15, 2010

Ramadhan 5

Imej
Jamaah Subuh pagi menyusut dengan tiba-tiba...hanya tinggal 3 saf sahaja yang sememangnya setia sejak sebelum Ramadhan lagi!! Penulis juga terlewat bangun .. hanya tersedar apabila mendengar suara azan dari peti televisyen siaran astro oasis...Kali pertama terlewat bangun dan tidak dapat menikmati keberkahan sahur... Asr hari kelima dirahmati dengan hujan renyai...di perkarangan surau banyak sekali kenderaan (kereta), tetapi jamaah di dalam sebagaimana biasa sahaja, dua saf separuh sahaja, itupun ditambah dengan jamaah yang muncul kerana bubur lambuk....bubur lambuk lagi... Di perkarangan yang menunggu lebih ramai..kereta, motor dan sebagainya. Masing-masing sama ada menghantar wakil untuk mengambilnya atau mengambil sendiri. Sayangnya, kebanyakan dari mereka tidak masuk untuk bersama jamaah. Tetapi seqadar hadir untuk meramaikan jamaah beratur mendapatkan semangkuk bubur sebagai TAMBAHAN menu berbuka, minta maaf... Bubur lambuk ini juga boleh dijadikan motivasi atau medan dakwah kepad

Ramadhan 4

Imej
Penulis sempat berkunjung ke bazaar Ramadhan menjelang waktu iftar...itupun tidak turun..seqadar kirim kepada adik-adik ipar yang berkebetulan berbuka di rumah. Keadaan kereta agak sesak, tanpa ada ruang untuk parkir. Kalau adapun, terpaksa menyelit di ruang yang agak lompong dan tidak menyesakkan dan terpaksa menunggu dalam kereta. Jumlah yang berkunjung tidak terkira ramainya, pelbagai ragamnya, pelbagai warna rambutnya serta pelbagai fesyen dan gaya.Begitu makmur bazaar Ramadhan, gedung makanan terhebat di bulan Ramadhan. Sesuatu yang agak kurang menyenangkan ialah pasar raya berhampiran telah mula menyiarkan lagu-lagu hari raya. Begitu mereka terlalu ingin untuk segera berhari raya, berserunuk dan bergumbira dan seolah-olah mereka sudah terlalu tersiksa berada di dalam 'penjara' Ramadhan ini meskipun baru melangkah ke hari ke empat...memang kita dianjurkan oleh Nabi SAW sendiri untuk bergumbira tatkala tibanya syawal. Namun kegembiraan itu hanya bermula seawal pagi 1 syawal