Januari 2014
Dan mentari petang 31 Disember melabuhkan tirainya dengan penulis memulakan langkah pertama untuk mendapatkan sesuatu yang sementara di dunia ini .. Perayaan sambutan tahun baru masehi masih lagi galak diadakan di bandar kecil yang berada di celahan sungai yang kerap mengamuk pabila hujan melebat melebihi dua jam secara terus menerus ini. Mungkin para pelaksana dan juga penganjur gagal mennafsirkan sebab musabab amukan sungai dari pandangan mata batin. Hanya sibuk melihat tadahan hujan semata-mata. Kalaulah mereka ini memahami pandangan batin dan ketuhanan, nescaya mereka ini akan cuba sedaya upaya mengelakkan sebarang bentuk penganjuran bersifat lagha dan melupakan Tuhan seumpama ini!! Dikhabarkan di ibu kota, disamping keserakahan dan keseronokan segolongan pemuja fremason dan illuminati menganjur dan melaksanakan konsert buat menyambut tahun-tahun yang mendekati ketrampilan Al Masih Dajjal, muncul segolongan yang melaksanakan apa yang dikatakan 'perhimpunan ha