Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 31, 2013

Tiga hari dua malam

Imej
Jumaat akhir ogos penulis dan keluarga berkelana ke Johor Bahru atas undangan sebagai ahli bengkel di salah sebuah hotel tepian pantai. Safar bermula sebaik sahaja usai solat Jumaat yang dihiasi dengan qunut nazilah dan bacaan khutbah yang dijayakan oleh rasa mengantuk yang menebal... Kami menghampiri bandaraya dengan sambutan hujan lebat dan kesesakan di pintu tol. Meredah hujan sehingga tiba ke susur masuk ke teluk danga. Melintasi istana dan kemudian bertemu hotel yang dari luar seolah sebuah sekolah rendah. Dengan beg yang bergentelan, kami menemui lobi hotel dan kemudiannya berjaya check in di bilik 204. Kemudian bergegas ke dewan untuk mengikuti saki baki taklimat dan hanya dapat mendengar khutbah wada'. Seusai taklimat, mengqasar solat di bilik dan kemudian keluar mencari makanan anak-anak. Tepian Tebrau menjadi pilihan pada kali ini dengan dua bungkus nasi goreng bernilai RM 11.00! Tatakala hendak pulang ke hotel, susur masuk menjadi masalah hendak terpaksa melalui belakang