Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 9, 2014

Iftaar di jalanan : Hanya mengambil aura

Imej
Melayan anak-anak untuk iftaar di salah sebuah restoran makanan segera tersohor di tengah-tengah daerah, hujung semenanjung emas, suatu petang hujung minggu. Kami tiba di meja makan sekitar jam 6.50 petang. Masa berbuka untuk hari itu, mengikut petunjuk perisian azan elektronik di gajet adalah sekitar jam 7.19 malam. Hanya ada dua meja yang diisi oleh saudara seagama bersama pasangan masing-masing, kecuali satu meja sahaja yang diisi oleh pasangan sama jantina. Tiada pula kelihatan keluarga yang berbuka bersama anak-anak melainkan penulis. Selepas membuat pesanan, beberapa minit kemudian, pelayan bertanya adakah air dan aiskrim mahu disegerakan? Tatkala menyapa untuk mendapatkan bekalan air mineral percuma, rupanya tiada pula disediakan. Yang ada hanya menu istimewa ramadhan dengan sedikit potongan harga sahaja. Kelihatan sebuah kotak di hujung kaunter yang tertulis perkataan kurma. Adakah ianya untuk pelanggan atau pekerja? Sehingga menjelang waktu iftaar, petugas kelihat