Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 28, 2014

Berarak menuju keredhaan Allah dan Rasul....

Imej
Menjelang waktu Dhuha pagi khamis yang cerah dalam musim kemarau yang semakin menjalar di bumi semenanjung emas, berlaku sambutan maulid di organisasi. Meskipun rabiul awwal telah berlalu agak jauh, namun kehangatan sambutannya masih terasa khususnya di hujung selatan semenanjung ini. Ia sudah membudaya dan berakar umbi dalam masyarakat muslim di hujung benua ini sejak sekian lama. Acara bermula dengan perhimpunan dan kemudian berarak ke jame menara nan sebatang. Sambil berarak setiap kumpulan mendendangkan selawat dan sebagainya bagi memuji-muji akan Rasul. Tentu pemikir seperti Kassim Ahmad dan sahabat-sahabatnya agak jengkel dengan perarakan seumpama ini... Setiap kumpulan akan dinilai dan diberi markah berdasarkan keseragaman, alunan selawat dan sebagainya. Rupanya ada pertandingan yang berlaku. Maka setiap kumpulan bagai berlumba untuk mempamerkan kehebatan kumpulan masing-masing... Apabila tiba di tapak masjid, kesemua kumpulan pun berhimpun dan bersurai. Di dalam masjid diadakan