Pertukaran dalaman dan keributan....
Pertemuan bersama yang berbahagia dan semua ahli pejabat pentadbiran pagi itu seolah telah diramal akan sebabnya. Masing-masing sudah dapat meneka apa yang bakal terkeluar dari lidah para pentadbir tertinggi.... Dan apabila perjumpaan bermula, maka benarlah apa yang telah tertelek di dalam pemikiran. Percaturan untuk penstrukturan semula organisai pentadbiran. Daripada raut wajah dan ruang bersuara yang diberikan, kesemua ahli sebulat suara menerima cadangan para pentadbir tanpa sebarang bantahan. Walaupun keputusan tersebut mengakibatkan pertukaran tempat dan bilik beberapa orang di dalam jabatan, ianya kelihatan baik dan tenang sahaja. Sebaik sahaja selesai jamuan, gerak kerja perpindahan telah dimulakan dan menjelang zuhur, ada staf yang sudah selesa berada di lokasi baru.... Mungkin ada yang kurang senang dengan keputusan ini khususnya yang tiada di pejabat semasa keputusan dibuat dan membabitkan pula bidang tugas dan lokasi bertugas. Tetapi untuk apa? Bukankah hijrah itu